Assalamualaikum brothers and sisters :)
( masuk belog je dah kena tutup hidung, banyak habuk. aiyoyo... nampaklah tahap pemalas pemilik belog nie berada di paras negative T_T )
Haila... sungguhlah belog nie dah macam rumah hantu. Makanya dengan itu, atas rasa keserbasalahan yang menebal terhadap belog yang sudah diabaikan ini, saya nak share my latest cerpen. Hope you will like it!
Enjoy and smile =)
Demi Cinta Yang Suci
Aisyah Shakirah menghayun langkah dengan laju menuju
ke asramanya yang terletak di Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Air mata yang bergenang di tubir mata jatuh lagi. Allah! Kenapalah
aku ditakdirkan untuk bertemu dengannya setelah sekian lama kami terpisah.
Muhammad Afiq Rayyan.
Namanya tidak asing lagi dengan diari hidup Aisyah
Shakirah kerana mereka pernah menjalinkan hubungan yang istemewa suatu masa
dahulu ketika masing-masing sedang menuntut di alam persekolahan. Namun, setelah
ditarbiyah mereka mulai sedar bahawa Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita
yang bukan ajnabi mempunyai hubungan istemewa selagi akad belum dilafazkan.
Seingatnya, setelah keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia diumumkan, dia mendapat khabar berita yang lelaki itu akan menyambung
pelajarannya di Royal College of Surgeons, Ireland dalam jurusan perubatan sama
sepertinya.
Lantas, Aisyah Shakirah mencari Samsung Galaxy SIII
yang disimpan di dalam beg sandangnya. Tangannya laju membuka ruangan contacts dan skrin disentuh apabila nama Fakhirah Anati
muncul.
“ Assalamualaikum, Ana. Boleh tak kalau Aisyah nak
bercakap dengan Ana sekejap.” tutur Aisyah Shakirah memulakan perbualan. Fakhirah
Anati merupakan rakan karibnya sewaktu mereka sama-sama menuntut di MRSM
Taiping.
“ Waalaikumussalam, haruslah boleh wahai sahabatku. Your
voice sound weird. Do you have any problem, Aisyah?Just let me know if there is
anything I can do to help …..” teka Fakhirah Anati. Persahabatan yang terjalin sejak
di Tingkatan 1 telah menjadikan Fakhirah Anati peka terhadap keadaan Aisyah
Shakirah.
“ Urmm …. Petang tadi, after tamat kuliah Aisyah
singgah dekat kafetaria nak bungkus makanan untuk dibawa ke bilik. Masa tengah
beratur nak bayar harga makanan tu, Aisyah macam ternampak seorang lelaki yang
wajahnya seiras macam Rayyan. At first, Aisyah anggap lelaki tu just pelanduk
dua serupa but bila Aisyah dengar kawan-kawan dia panggil dengan nama Rayyan,
Aisyah macam ….. you know how I feel,right?”
Baru sahaja Fakhirah Anati ingin membuka mulut untuk
berbicara, Aisyah Shakirah sudah memotong terlebih dahulu. “ Tapi apa dia buat
dekat UKM. Setahu Aisyah, dia sekarang dekat Ireland”.
“Astaghfirullah! Maybe Ana lupa nak cerita dekat
Aisyah. Rayyan ambil twinning program RCSI – UKM. Mungkin dia dah habis belajar dekat
sana , tu yang sambung UKM pula.”
“ That means after nie tak mustahil lah kalau Aisyah
boleh terserempak dengan dia lagi. Dahlah fakulti yang sama, dalam satu
bangunan pulak tu. Allahu Robbi! Cabaran apa nie Ana. Aisyah takut Aisyah tak kuatlah.”
“ Aisyah, Allah menguji setiap hambaNya mengikut kadar
kemampuan hambaNya juga. Mungkin jiwa Aisyah sebenarnya sudah cukup kuat untuk menghadapi
semua ni, cuma diri Aisyah sahaja yang tidak berasa yakin. Allah memberi kita
ujian hidup untuk melihat sedalam mana cinta kita kepada Dia. Sahabatku,
kuatkanlah dirimu. Disebalik kelembutan seorang wanita, terdapat kekuatan yang
luar biasa. Lupakan semua kenangan antara Aisyah dan Rayyan. Seandainya
Muhammad Afiq Rayyan memang sudah ditetapkan sebagai pelindung buat Aisyah
Shakirah,masanya akan tiba jua” terang Fakhirah Anati panjang lebar.
Aisyah Shakirah tersenyum.
‘Terima kasih
Ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan seorang sahabat yang sentiasa
membimbingku ke jalan-Mu’ desis Aisyah Shakirah di dalam hatinya.
**********
Usai sahaja membuat
revision untuk subjek yang akan dipelajarinya pada esok hari, Rayyan bergegas
ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian, dia menghamparkan sejadah
berwarna biru tua miliknya. Sudah menjadi rutinnya sejak di alam persekolahan
lagi untuk melakukan solat-solat sunat sebelum tidur.
“Ya Allah, Tuhan yang
Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, aku merupakan
hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diri daripada fitrah seorang
manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan isteri dan keluarga.
Ya Allah aku tidak
mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika
masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik
disisiMu, terbaik buat agamaku, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin
dan mukminat, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan
jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah,
pasti terbaik buat diriku.
Namun ya Allah, jika
masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba, maka aku memohon kepadaMu
agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku. Aku memohon agar Kau
tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah
aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku
dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang
menyesatkan diriku ya Allah.
Ameen.
**********
DUA TAHUN KEMUDIAN
“Abang! Jomlah makan. Aisyah
dah siapkan hidangan makan malam untuk kita.” Terdengar suara lembut dan halus
Aisyah Shakirah memanggil suaminya.
“Wait, dear! I’m coming.”
sahut Rayyan dari arah ruang tamu. Dia baru sahaja selesai mentadabbur surah
Yusuf. Rayyan tersenyum manis sambil meraih kedua – dua tangan milik isterinya.
“Kalau hari – hari macam nie, abang boleh jadi macam The Hulk.Hahahaha…..”.
Aisyah Shakirah turut
ketawa mendengar jenaka suaminya itu.
“Walaupun suatu hari
nanti badan abang tak ubah macam The Hulk, kasih Aisyah tetap untuk abang
selamanya…..” jawab Aisyah Shakirah seraya mencuit hidung suaminya.
“Aisyah, terima kasih sebab sudi menjadi
bidadari abang di dunia dan in sha Allah di
syurgaNya juga. Walaupun kita terpisah tanpa khabar berita, akhirnya Allah
temukan kita kembali bersama dengan sebuah ikatan yang halal dan suci” tutur
Rayyan tulus dari hatinya.
“Alhamdulillah. Betullah
apa yang Ana cakap dekat Aisyah dulu. Kalau memang betul abang jodoh Aisyah,
Allah pasti akan satukan kita cuma masanya cepat atau lambat je. Allah tu The
Best Planner, kan abang” balas Aisyah sambil tersenyum.
Muhammad Afiq Rayyan
mengangguk sebagai tanda setuju terhadap butir bicara isterinya.
“ After kita loss
contact, Aisyah pernah teringat dekat abang tak?”
“Abang rasa macam mana?” jawab Aisyah Shakirah
berteka teki dengan suaminya.
“Ish….. dia nak main
teka teki lah pulak. Abang bagi cengkaman ketam baru tahu” ujar Afiq Rayyan
sambil membuat isyarat tangan untuk mencubit pipi Aisyah Shakirah.
“Honestly, perasaan tu
memang ada. Memang sakit dan pedih bila kena hadapi semua tu dulu tapi bila
Aisyah fikirkan balik, wajarkah Aisyah lebih teringatkan abang berbanding
Allah. Alhamdulillah,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan Aisyah sesuatu yang
sangat indah dan bahagia dengan menjadi zawjah abang.”
Muhammad Afiq Rayyan
memeluk bahu Aisyah Shakirah.Erat.
“Allah,sakit bang!”
getus Aisyah Shakirah menahan kesakitan.
“Sorry,sayang. Aisyah
okay tak nie?”
“Baby tendang perut
tadi. Ishh, nakalnya anak abi nie. Mesti dah lapar ye” kata Aisyah Shakirah
sambil ketawa.
Afiq Rayyan mengusap
perut Aisyah Shakirah yang sedang mengandung 7 bulan itu. “Hahahaha. Jom kita
makan. Abi pun dah lapar. Umi lah nie dari tadi tak nak berhenti berbual.”
Aisyah Shakirah
membulatkan mata sambil mencubit lengan suaminya. Lantas, mereka berdua
serentak ketawa.
Bahagia sampai ke
syurga!
-TAMAT-