KASIH & CINTA DALAM ISLAM

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.
  
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti? 
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”

2 comments

salam,,
suatu yang bermanfaat untuk dikongsi..
terlalu hebat makna nya..

September 17, 2010 at 10:58 AM

waalaikumussalam w.b.t.
benar katamu wahai srikandi umar..
terlalu mendalam maknanya..
sessungguhnya jıka kau mencıntaı bunga,sedarlah engkau bunga ıtu akan layu.jıka kau cıntakan manusıa,sedarlah suatu harı dıa akan pergı.jika kau mencıntaı harta,harta ıtu nanti kau akan tınggalkan.
jıka kau mencıntaı Ilahı,
hanya Dıa yang akan kekal abadı.

September 17, 2010 at 3:07 PM
Post a Comment
 

Copyright © Muslimah Super + Power. Designed by Whitey Mommy