MALAM LAILATUL QADAR



Assalamualaikum kowang.Ramadhan bakal pergi!Tinggal lagi 10 hari mungkin.Umat Islam dah busy buat persiapan raya.Bunyi mercun meletup ada kat sini sana.Menyakitkan hati dan memekakkan telinga buat kita yang mendengarnya.Lupakah kowang yang kita dah masuk fasa ke3 dalam bulan puasa iaitu fasa pembebasan api neraka?Lagi2 dalam 10 hari terakhir nie,ada 1 malam yang sangat mulia iaitu malam Lailatul Qadar.Malam ini sunat dicari oleh kita,umat Islam kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.



Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 1-5

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Malam Lailatul Qadar nie lebih baik daripada 1000 bulan(kurang2 83 tahun).Bolehkah kita hidup selama tu?


"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Kita tambahkan malam tu dengan ibadah :D


Kelebihan malam Lailatul Qadr
 

1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar  ini.

2 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, 

"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)

3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).

4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.

5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.

6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: 

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)

Ayoh teman dan sahabat!

Jom semarakkan penghujung Ramadhan Mubarak yang bakal meninggalkan kita dalam sedikit masa lagi. Ini mungkin Ramadhan yang terakhir buat kita....

p/s : CA bukannya ustazah..Hanya seorang pelajar yang masih menuntut.Harap teguran ini tidak menyakitkan hati kowang :D

2 comments

nice entry..^^ thanx ye sharing ilmu..=))

August 20, 2011 at 8:28 PM

alhamdulillah :)

August 23, 2011 at 2:37 AM
Post a Comment
 

Copyright © Muslimah Super + Power. Designed by Whitey Mommy